Dengan nama Allah, aku memulakan catatan ini.
Hari ini aku menghadiri akad nikah kawan baik aku...seIPG aku, juga merangkap kembar aku..juga rakan seutara yang sama dialek dengan aku iaitu Cik Shima. Memandangkan sekarang Cik Shima dah tukar pun statusnya, it's better if i use Puan Shima sebab statusnya sudah bertukar sejak jam 2 lebih tadi di Masjid Negeri Arau, Perlis.
Okay Puan Shima.
Aku memang dah berniat kalau Allah beri kelapangan dan kesempatan pada aku, pasti aku akan pergi ke rumah kita berlima kalau salah sorang daripada kita berenam ada yang kawin dulu. Well, memang sudah terjangka yang Shima kawin dulu.
Tapi serius aku nak habaq............aku tersangatttttttttt la terkejut sebab cepat sangat jadi tunangan orang. Hey...kita baru tak sampai setahun posting dan Mah dah tukar status. Pastu, yang paling terkejut adalah your hubby bukan la orang yang aku or orang lain kenal Mah. Tiba-tiba Mah message bagitau Mah dah jadi tunangan orang atas aturan keluarga. Dalam hati...
'WOW! Perancangan Allah memang hebat.'
Dan paling superb dan tabik pada Mah, Mah ikut pilihan orang tua.
'You are Super wonderful daughter, Mah!!'
Alhamdulillah.
Berbalik masa Mah message FB orang haritu. Beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya orang dah perasan kat pic Mah upload kat FB ada dua cincin emas.
'Hai...jarang Mah nak pakai dua cincin emas kat jari. Tiba-tiba pulak ada nie...ada pape ke?'.
Then, memang aku dah terfikir...
'Eh, Mah macam dah bertunang ja..'.
Tapi aku let go je la perkara tu. Aku nie spesis yang malas nak ambil kisah sangat hal-hal orang sebab selalunya instinct aku betul. Orang pasti akan bagitau jugak suatu hari nanti. Tak payah nak korek cerita orang macam reporter tak beretika. Dan akhirnya, apa yang aku rasa betul, Mah. Pecah jugak rahsia kau jadi tunangan orangkan...mujur aku dengar daripada mulut Mah sendiri, bukan orang lain. Sebagai kawan, memang sangat gembira dan sedikit sedih sebab Mah tak tak macam geng kami berlima dah nanti. Nanti Mah dah kawin, mesti tak boley sesuka hati nak hang out dengan kami.
Today is Mah's big day. Majlis akad nikah Shima dengan pasangannya. Aku sampai kat rumah Mah pun sebab ada kak cik. Kalau tak Mah, memang tak sampai la aku kat Arau nak tengok mu, Mah. By da way, memang happy sebab lama gila tak jumpa Mah lepas hari konvo kita. Serius Mah...hang duk lawak macam dulu lagi la. Tak stop bercakap dari mula aku sampai hingga Mah selesai bersiap. Bila buka pintu bilik hang, nampak ja muka Kak Pah, lagi la aku happy. Ex-roomate 5 tahun setengah aku tu! Pah dengan sepupunya hari nie jadi mak andam Mah. Mujur ada depa dua, Mah dah transform jadi puteri hari ni. Berseri Mah!
'Dalam hati aku tau hang mesti nervous kan Mah?'
- Atiqah -
"Tiqah jangan lupa barang make-up. Bawa sekali bulu mata yang kepit-kepit tu tau!"
- Kak Pah -
Lepas Zohor, aku hantar Mah ke Masjid Negeri Arau.
Shima: "Kah mai la teman Mah!"
Aku: "Takpa la Mah. Kami pi dengan kak kami."
Kak Pah: "Takpa. Kak Pah pi sekali dengan Shimah."
Lega sebab ada Kak Pah. Ada Kak Pah kemas sikit. Insyaallah...kalau dia ada, everything will be OK!Sampai masjid ja, dah nampak Mah duduk kat depan. Tengok Mah tunduk saja jadi risau pun ada. Aku pulak yang berdebar-debar macam nak akad nikah Mah. Pengantin lelaki nampak belakang je Mah. Tapi memang nampak padan dengan Mah. Aku sua kamera kat Kak Pah alang-alang dia duduk depan dekat dengan Mah. Memang puas hati r klo kak Pah amek gambar. Dapat gak tengok muka hubby Mah. Hahhaa....okay..main-main ja!
Moment paling best dan tersentuh hati bila selesai akad nikah, Mah dengan hubby Mah solat sunat sama-sama. Ya Allah...it's like a miracle. Allah perancang terbaik. Jodoh kita ketentuannya.
'Belum tentu apa yang kita suka terbaik untuk kita.'
'Belum tentu apa yang kita benci, buruk bagi kita.'
"Doa aku Mah moga jodoh Mah kekal ke akhir hayat.
Selamat menjadi isteri yang solehah.
Yang mendapat rahmat All Taala bila mentaati suaminya.
Amin."