Aug 31, 2009
Aug 5, 2009
PIKIR KEJAP
Pening jgak nak pikir hadiah apa yang sesuai untuk kawan lelaki aku yang nak graduate x lama lagi. Klo kawan perempuan, mudah la. Banyak benda nak pilih..contohnya:

Aku terasa nak cari hadiah kat die nie sebab nak ucap tahniah la kat die. Aku rasa nasibnya dulu sama mcm aku. So, skrg die dh berjaya habiskan pengajiannya..x salah rasanya aku appreciate kejayannya tu..
Lagi pun die nie pada aku kawan yang berguna. 1 kot dalam 1000. Tgok die rasa betapa kurangya aku..macam mentalbiahkan juga diri aku la..
Apa ye hadiah yang sesuai nak bagi??..hmm..pikir-pikir..
Aug 4, 2009
TIP MENGEDIT GAMBAR
Tip-tip mengedit gambar:
+ Mindset penting
:: Katakan mengedit gambar bukannya susah!
+ Nak edit kenalah ada softwarenya, contoh: Picasa, Photoscape, Picnic ke,Adope
Photoshop.
:: Ada software bleh download direct drpd internet. Paling mudah mintak je kedai komputer instalkan..
+ Rajin mengexplore software-software korang
:: Yg nie memang kena rajin sket. Klo x explore, camne kita nak tahu function benda alah dlm software kita tu..
+ Kreativiti
:: Klo x pandai, masih boleh di pupuk kreativiti tu. Try and error je..
+ So, boleh start mengedit gambar korang

::Nie contoh-contoh gambar edit aku::
Aug 3, 2009
KEJAPNYA CUTI
Kejapnya cuti..
1 minggu rasa mcm 1 hari je..cuti pun sebab kuarantin H1N1
Mooo..sedey ohh...

Biasalah, bila dh lama duk rumah, maka makin berlemak-lemak la..
macam kek nie..

Bila balik skolah balik, x dapat la nak main komputer cam nie slalu..x slalu lah aktif dlm blog sebab keje tengah loading tunggu nak kena submit..

Last skali, hmm..x dpt r tgok muka ahli-ahli family aku hari-ari..mak, abah, k.cik, nadiah..udin..hehehe..tidak, bleh gaduh ngan diorang..hahaha...
i really love them..

Miss my cats also..

MELILAU
Arinie syok gila aku melilau..berjalan..moving-moving explore blog orang..hmmm..syok tul. Byk aku blajar nk improvekan blog aku yg x seberapa lagi. Hmm.. 1 more thing, aku blajar tuk mantapkan lagi content blog nie. Biasalah, most of my post sume tentang diri aku..at least aku bleh jaga libatkan family, kwn-kwn dll. By da way, so many things i need to learn, improve, develop and so on. sO, aku mmg perlukan support korang sume!!
Jul 29, 2009
SAJAK LUAHAN HATI
Wahai kawan,
Aku panggil kau ego..sebab itulah kau
Kau tidak pernah fikirkan orang lain
Kau kata A, kau harap semua orang akan kata A juga
Kau kata B, kau ingat semua orang bersetuju memilih B
Padahal kau harus fikirkan kawan kau ini
Aku punya perasaan juga
Aku takut perasaan sayangku padamu bertukar benci
Aku takut perasaan hormatku padamu menjadi arang
Padamu kawan
Bantulah aku untuk terus sayangi dirimu
Bantulah aku untuk aku kasihi dirimu
Jangan biarkan perasaanku padamu menjadi arang
Waktu itu,
Kau merana dan aku terseksa

Jul 27, 2009
DIARI CINTA DI HATIKU III
Semalam aku menerima panggilan telefon daripada Kak Nisa. Katanya dirinya telah dirisik oleh seorang akauntan yang tinggal sekampung dengannya. Pemuda itu juga menjadi pilihan kedua ibu bapanya. Wah, Kak Nisa sungguh bertuah. Orangnya begitu cantik, lemah lembut, solehah dan pandai memasak. Pada aku, memang beruntung sesiapa yang berjaya memiliki hati Kak Nisa.
Masa di universiti dulu, Kak Nisa adalah teman serumahku. Selain Kak Nisa, rumah yang terletak kira-kira 5 km daripada universiti itu turut dihuni oleh Suraya, Fiza, Marlia dan Dian. Di kalangan teman serumah, aku lebih rapat dengan Kak Nisa dan Suraya. Fiza dan Marlia boleh dikatakan agak bersosial dan jarang ada di rumah. Dian pula hampir setiap minggu pulang ke rumahnya. Oleh itu, banyak masa aku habiskan bersama Kak Nisa dan Suraya. Ini telah mengeratkan tali persahabatan di antara kami bertiga.
"Kak Nisa kiranya dah bersedia nak kawin la nie ye?" Aku bertanya kepada Kak Nisa semasa dia menghubungiku. Kak Nisa kudengar tertawa kecil.
"Insyaallah, Qis. Rasanya akak dah bersedia. Akak percaya pilihan mak dan ayah akak tak salah. Mungkin jodoh akak dah sampai kot," balas Kak Nisa.
"Kak Nisa, Qis tak sabar nak makan nasi minyak Kak Nisa. Cepat-cepat hantar kad tau!" Aku bersuara ceria sebagai tanda berkongsi kegembiraan dengar Kak Nisa.
Sekali lagi Kak Nisa kudengar tergelak kecil.
"Ye la tu. Entah-entah Qis dulu yang bina masjid. Dapatlah Kak Nisa jadi pengiring Qis nanti," usik Kak Nisa.
Aku sekadar melepaskan ketawa kecil. Hmm, ada-ada saja idea Kak Nisa kalau ingin mengusik aku. Selepas itu, aku menukar topik berkaitan kawan-kawan sekampus yang lain. Seboleh-bolehnya aku cuba mengelak daripada membincangkan soal cinta yang mengaitkan diriku. Soal cinta itu, biarlah di hatiku saja.
"Kalau ada jodoh, tak ke mana Kak Nisa...".Itulah kata-kata terakhir aku sebelum mengakhiri perbualan aku dengan Kak Nisa.

Jul 20, 2009
PERASAAN DI HATI
Setiap kali hari Isnin, semua macam liat saja hendak mengikuti matapelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK). Tambahan pulak, waktu PJK nie pukul 3.00 petang, matahari pun masih rembang lagi. Belajar pula teori. Mata yang memang sudah lali memang menunggu saja untuk ditutupkan. Aku pun tidak terkecuali dalam golongan sebegitu.
Tapi setiap kali subjek PJK nie,akan timbul satu perasaan dalam hati aku bila aku tengok En. Nadarajan. Dia adalah cikgu luar yang mengajar batch aku yang ada 5 kelas. Dalam perjumpaan PJK kali ke-3 nie, hanya dua kelas yang hadir sebab tiga kelas yang lain ada BIG dekat Perak.
Sebenarnya aku kesian dengan En Nadarajan. Setiap kali ada kelas, memang wujud perasaan itu. Pada aku, En. Nadarajan memang seorang yang sangat baik dan sabar. Namun, disebabkan sifat beliau itu jugaklah, bebudak batch aku memang ambil kesempatan atas kebaikan dan kesabaran beliau.
Pada aku, diorang memang kurang sopan dan tak tahu nak hormat guru yang mengajar di depan. Bila En. Nada mengajar, bagi kuliah yang pada pelajar-pelajarnya, aku dapat tengok ada yang bercakap, gurau-senda, tidur, baling gumpalan kertas dekat pelajar-pelajar lain, main sodoku la..malah ada yang rajin pulak menulis nota dalam bahasa jawi serta melukis. Bila En. Nadarajan mengajar, ada pulak pelajar yang mintak break. Bila bagi break 5 minit, ada yang salah guna sampai 15-20 minit. Masuk dalam kelas sudah la lewat, kemudian mengganggu konsentrasi orang lain.
Memangla aku pun bukanlah fokus 100% dalam kuliah PJK, tapi pada akulah, sebagai pelajar x salah kalau kita tunjukkan rasa hormat kita pada cikgu yang mengajar di depan. Tambahan pula kita nie bakal pendidik. Macam mana kita nak didik orang kalau kita sendiri pun tak tahu nak didik diri sendiri, tak tahu nak hormat orang yang bagi ilmu dekat kita??
Kalau habis bosan pun dengar kuliah PJK, tak payah nak kacau orang lain yang nak belajar. Tak payah nak buat bising-bising macam budak kecik. Pergi balik tidur dalam bilik sudah!! Lagipun, En. Nada dah habis baik mengajar kita. Dah la dia mengajar di sekolah pada waktu pagi. Lepas tu, dia siap sediakan nota kuliah bagi pada kita. Yang kita pulak, ada hargai apa yang dia buat pada kita??..bukan payah pun, diam dan pasang telinga saja dengar kuliah dia. Tak payah tulis nota pun takpe sebab En. Nada dah sediakan.
Cuba saudara sudari bayangkan kalau saudara saudari berada dalam situasi En. Nada...Tak ke diri tu berasa sedih bila apa yang disampaikan tidak diambil peduli oleh pelajar-pelajar sendiri.
"Ibarat kepala yang dipijak-pijak.." Itulah yang aku bayangkan kalau aku berada di tempat En. Nada.
***
Pesanan:
Kalau ingin berjaya, hormati guru. Kalau sikap buruk itulah kita tunjuk pada guru kita, tidak mustahil pada masa akan datang, anak murid kita boleh tunjukkan sikap yang lebih buruk daripada itu kepada kita. Jadi, fikir-fikirkanlah....

Jul 19, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)