Jun 23, 2009

BICARA KALAM

Petikan 'Warkah Cinta Berbau Syurga' - A.Ubaidillah Alias

Aku tahu diriku bukan puteri,
Dunia ini bu
kan aku yang punya,
Adakah salah aku minta ditemani,
Menjadi teman tempat berbicara.

Bukan selalu bulan mengambang,

Terpandang wajah purnama di kolam,

Bukan mudah menduga seseorang,
Daripada tulisan dan bisunya kalam.

.....(Wardah).....



Cinta tidak mampu memenangkan segala,
Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir disisi,

Tetapi cinta mengajar kita menerima sesuatu seadanya,

Cinta bukan semestinya bersama,

Cinta memastikan orang yang dicintai bahagia.

.....(Amir).....


"Jangan terbang tinggi, kalau jatuh akan parah.."

"Kalau kita tidak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba"

Jun 18, 2009

JADUALKU DI RUMAH vs ASRAMA




JADUAL DI RUMAH

6.30 pg : Bandun Tido..solat subuh
7.00 pg : Sarapan pagi
7.30-10.00 pg : Surf internet
10.00-11.00 pg : Basuh kain..mandi..sidai kain
11.00-12.30 tgh: Jenguk dapur jap!
12.30-2.30 tgh : Tengok TV+solat zohor
2.30-5.30 ptg : Jahit baju..tido..baca novel..surf internet..chatting
5.30-7.30 ptg : solat asar..makan...tengok TV..main games!
7.30-8.00 mlm : solat maghrib
8.00-10.00 mlm:Jahit baju..main games..baca novel..sembahyang insyak
10.00- 1.00 mlm : Tengok TV + surf internet....tido..zzzzzzzzzzzz..

.........................................................................................................................................................................

JADUAL DEKAT ASRAMA




5.30 -6.30 pg : Bandun tido..mandi..solat subuh
7.00 -8.oo pg : Prepare nak pegi kelas
10.30 pg : Makan kat cafe mami
12.30 - 1.30 tgh : Habis kelas..rehat..tido
2.00 -2.30 ptg : Mandi..solat zohor..rehat kejap klo ada kelas petang
2.30-5.00 ptg : Klo x tido, belek buku kejap..siapkan kerja sekolah...hehe
5.00 -7.00 ptg : Mandi..solat Asar..beli makanan..main laptop..jalan bilik kawan-kawan..
7.00 -8.30 mlm : Solat maghrib..tengok buku
8.30-9.30 mlm : Solat insyak..kemas apa yang patut
10.00-1.00 pg : Tengok buku...main laptop..dengar lagu..klo boring jalan bilik kawan...tido..zzzz

SELAMAT HATI BAPA


Selamat Hari Bapa
buat abahku tersayang..
Encik Mohd Mansor Bin Kader.


Abah,
TQa bertuah ada bapa macam abah. Pada TQa, abah tak penah kongkong hidup TQa. Abah sentiasa bagi peluang kat TQa nak buat apa pun. Abah sentiasa percayakan TQa. Tak pernah abah paksa TQa buat benda yang TQa tak suka.
Abah,
TQa masih ingat apa yang abah pesan. Abah selalu bagi nasihat dekat anak-anak abah supaya jaga diri..jangan tinggal solat..baca Quran..malah masa TQa kecil, TQa suka abah baca hadis, kumpul ahli keluarga ramai-ramai. Pasti lepas baca, abah tanya balik anak-anak abah sorang-sorang. Pastu, masa abah pergi dakwah dulu, abah hadiahkan anak-anak abah tasbih agar anak abah, lepas sembahyang guna tasbih banyak-banyak zikir kepada Allah..
Abah,
TQa selalu tengok abah pergi kebun tiap petang. Bila abah bawa balik durian, abah kata nie rezeki Kak Teh. Bila durian tu buruk, abah kata takpe. Nanti abah tengok lain kat kebun. Pada TQa, abah tak pernah putus asa. Abah sentiasa utamakan anak-anaknya.
Abah,
Pengorbanan abah pada keluarga kita amat besar. TQa memang tak terbalas pengorbanan abah tu. Yang termampu TQa nak berjaya dalam pelajaran TQa. TQa nak tunjukkan result TQa yang membanggakan abah. TQa nak abah tahu TQa takkan sia-siakan segala pengorbanan abah.
Abah,
Doa TQa pada abah, semoga ALLAH panjangkan umur abah, beri kesihatan tubuh badan pada abah. TQa nak abah sihat selalu. Nanti kalau ada rezeki, abah dengan mak dapat pergi buat haji. TQa pula nak kerja, nak kumpul harta banyak-banyak. TQa nak beli kereta. Kalau selama ini, abah yang bawa dan hantar TQa ke mana-mana, TQa pula harap dapat bawa abah dengan mak pergi jalan-jalan. TQa nak jaga mak dengan abah baik-baik. TQa tak nak jadi anak derhaka, Abah.

Abah,
"SELAMAT HARI BAPA"
TQa sayang abah!!

Jun 17, 2009

ERTI PERSAHABATAN

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa,
Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan air mata..
Sesungguhnya mengenali seseorang mampu memberi kita sejuta rasa
marah..sedih..gembira..sayang..dan..rindu..
Tapi sedarkah kita?
Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah..
Biarpun hadirnya hanyaseketika dan sekadar teman sementara..
Bersyukurlah dengan kehadirannya
kerna barangkali melaluinyalah
Kita mengerti apa itu erti persahabatan



Jun 15, 2009

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..
Allah mudahkan urusannya pergi dan balik.
Semoga hidayah Allah sentiasa bersamanya.

Jun 13, 2009

KADANG KALA AKU TERFIKIR..

Hidup aku kat dunia nie untuk apa?
Nak bahagia..nak cari harta..nak jadi pandai...?
Hmmm...
Bila pikir betul-betul..payah sebenarnya nak cari jawapannya..
Paling diingini mestilah hidup yang mendapat keredhaan Allah..
Tapi..
Sebagai manusia..lalai saja keje aku..
Kadang-kala buat kerja pun lalai..malas..
Slalu terlupa nak letak yang utama
Hidup nie ibarat roda..
Kadang kala terpikir..
Arini kita di atas..
Besok atau lusa..kita boleh berada di bawah...

Jun 9, 2009

Novel Minggu ini: SETIAP JUMAAT


Setiap Jumaat merupakan karya Norhayati Berahim. Ia mengisahkan dua watak yang bertemu di Jepun selepas masing-masing berasa jauh hati dengan ibu bapa masing-masing.

Jasmine agak terkilan apabila mengetahui berita emaknya berkahwin lain selepas kematian bapanya. Ketika dia masih belajar di Jepun. Ku Pian pula tidak suka dengan sikap bapanya yang dirasakan mengonkong hidupnya.Di bawah pohon sakura mereka bertemu dan saling menjalinkan persahabatan.

Novel ini juga menyentuh sikap sahabat yang sanggup menikam sahabat sendiri. Sahabat Jasmine, Daun sanggup merampas Jabar, kekasih hati Jasmine menyebabkan gadis itu hampir-hampir menggagalkan dirinya dalam pelajaran. Mujurlah sokongan kawan-kawan lain telah memberi kekuatan kepada Jasmine.

Novel yang menyentuh realiti kehidupan di negara Jepun ini amat menarik dan memang memberi perspektif baru kepada kita tentang corak kehidupan di sana.

Oleh itu, bacalah novel ini..tak rugi pun.

Jun 7, 2009

FAMILY ORANGE




Korang ada bela kucing x? Kat rumah aku ada satu family kucing. Aku namakan family kucing nie sebagai ” Family Orange”.


Asalnya family aku bela dua ekor je kucing. Kami bagi nama Adik dan Abang. Satu family sayang sangat kedua-dua ekor kucing nie. Lepas Abang sakit dan kena langgar, tinggallah Adik sorang je.


Entah macam mana tau, satu hari ada sekor kucing betina kecik warna oren dengan tak malunya datang tinggal di rumah aku. Aku tak suka pun kucing sebab belagak macam puteri raja. Last sekali dah selalu sangat duduk di rumah kami, dia pun jadi kucing belaan kami sekeluarga. Kakak aku namakan dia sebagai Putri.

Adik dengan Puteri selalu jugak gaduh. Time tu Putri kurus kering dan kecil lagi. Adik pulak hensem..hehe..mana suka kucing luar yang bertandang kat rumah tuan die ni. Tapi bila dah lama Putri tinggal kat rumah kami, terus die jadi gemuk

dan menjadi kucing betina dewasa yang cantik la jugak..(agaknyela)..


Apa lagi..Adik pun sukala dengan Putri. Lepas tu, Putri mengandung dan beranakkan 3 ekor anak kucing yang sumenye warna oren. Tapi yang hidup sekor je sebab yang mati tu sekor macam cacat sikit dan yang sekor lagi selesema teruk. Lagipun Putri nie jenis tak reti jaga anak. Geram aku dengan kucing nie..bawak anak pergi merata tempat. Bila geram, aku marah r dan sekeh kepala die. Tapi xdelah sampai tendang kucing nih..zalim sangat tu...


Dan anak die yang hidup tu kami namakan sebagai Bulat sebab masa kecik die bulat sangat. Bulat nie sekarang pelik sikit perangai die. Bukan suka orang pegang die. Badan pun tough macam bapaknyer...klo pecut.fuyooo..laju!!


Tak lama lepas Bulat dah besar sikit, Putri beranakan 2 ekor anak kucing lagi. Sekor namanya Stokin dan sekor lagi namanya Songkok. Songkok nih abah yang bagi nama kat nyer..yang stokin sebab kakinya warna putih macam pakai stokin. Hehehe..


Stokin dengan Songkok dua-dua jantan. Bila tengok dua ekor kucing nie, aku teingat masa Abang dengan Adik masa kecik-kecik dulu. Memang sama. Dah namanya pun kucing, buas nak mapus..!..Habis rosak sofa mak aku..Hobi diorang nih tido..klo tdo orang kacau pun x sedar...paling aku suka kacau mestilah Songkok. Haha..die lawakla..


Pendek kata ’Family Orange’ dah sinonim dengan keluarga aku. Family kami memang sayang kucing....!

Jun 6, 2009

KENALI FAMILYku



Namaku Nur Atiqah. Orang slalu panggil aku tikah..tapi abah je panggil aku Kak Teh coz aku anak tengah daripada 8 beradik. Adik beradik yang lelaki cuma abang dengan adik bongsu aku saja..dan 6 yang lain adalah perempuan.

Abah aku namanya Mohd Mansor. Orang slalu panggil Cikgu Chot. Mak aku namanya Roshadah. Mak pun cikgu. Mak dengan abah x lama lagi nak pencen dah. Mengikut pengiraan aku, sempatlah aku nak tamatkan stdy aku before mak dan abah pencen.

Dalam family aku, Bang Wi dengan Kak Ani dah kawin dah. Tak lama lagi..insyaallah..dapatlah aku timang anak saudara. hehe..bestyerrrrrrrr...

Kak Cik Natrah aku plak skrg tengah wat praktikal kat Selangor. Dia pun bakal jadi ustazah x lama lagi. Yang lawaknyer, ada ke patut tiap kali die call emak, dia tanya..
"Mak, ada orang masuk minang dia lagi x?.."
Ishhh Kak Cik Aku yang tinggi macam model nie..jangan risau la..aku doakan jodoh kau cepat..hehe

Adik aku yang first..Nadiah. Dia nie suka buang huruf 'H' dalam nama die. Nak famous la konon..
Dia kat UPSI SKRG..hmm..dia nie sorang je yang dh ada bf. SMS 24 jam..call tambah2 lagi la..
Tapi die nie pandai masak..expert berganda daripada aku..budak katering masa dia skolah dulu. Hehe..mak ada cakap..
"Tak pecaya la Nadiah boleh masuk U.."
Tu la rezeki dia Allah nak bagi. Mengaji main2 pun masuk U skrg.
Next is Hayatun Syamila. Nie sorang lagi yang main2..tido banyak..sensitif..hehe..
Tapi bila tengok result SPM dia ..8A..amboiii..tidok banyak pon bijak jugak adik aku nie.
Sekarang dia kat Matrik Perlis..amek akaun. Klo bukak
fs dengan tagged dia punyer, hmmm bukan main ramai lagi jejaka ensem nak ngorat die.
Taulah adik aku nie comel jgak..

Seterusnya ialah Nasriah. Baru tingkatan 2 kat Sek. Men. Keb. Agama Kedah. Yang nie muka pattern lain sket. Bukan aku yang cakaplah..orng yg tengok pun cakap mcm tu. Dia nie putih sket dr kakak2 die..hehe. Baru2 nie dia exam. Dia ada citer ada sorang budak lelaki letak kad 'Gud Luck' dalam buku die..hai..macam2..ingat adik aku nak layan ke?..kesian kat budak yang adik aku cakap pendek tu..hehe

Adik bongsu aku pulak aku panggil Udin. Tinggi macam galah dan kurung kering. Dia nie banyak sungguh main games..mentang2 la abah pasang streamx kat umah..mmg time pagi ngan petang dia control la komputer kat umah. Aku ngan dia mmg musuh gila..haha..aku mmg suka kacau die..biaq dia sakit hati..hehehe

Tu la serba sedikit pasal family aku. Pasal aku plak..tengok la lain hari. Klo mood ade, aku nak tulis panjang2 pasal diri aku nie.



Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

www.iLuvislam.com
oleh : zatyrainz

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki
yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.